Aku rasa
Dunia kini berhadapan dengan berbagai masalah seperti pemanasan global, kelebihan populasi, kesihatan, politik dan banyak lagi. I don’t think the earth is capable enough to handle troubles that we’ve created. Kadang-kadang aku keliru hala tuju manusia sebenarnya. Untuk mendapatkan harta yang banyak, sanggup mencipta sesuatu yang faedahnya tidak seberapa terhadap manusia, tetapi diri sendiri dan menyebabkan kemusnahan yang banyak terhadap sumber dunia.
Kita mengamalkan konsep ”manusia di cipta untuk mencipta kemudahan untuk manusia”. Logik kan? Mengapa kita bekerja? Untuk hidup. Mengapa ada hasil kerja? Untuk di tawarkan kepada manusia. Hasil kerja yang kita tawarkan kepada manusia itu di panggil perkhidmatan. Tetapi didalam konsep/objektif tersebut, terkadang terdapat anasir yang ingin mencari keuntungan. Ini pula di panggil perniagaan. Di dalam perniagaan terdapat risiko.
Orang kata, kita akan menjadi cepat senang dengan berniaga. Aku akur dengan kenyataan tersebut. Tetapi perniagaan sekarang memerlukan banyak pengorbanan. Pengorbanan yang kadang kala menyebabkan kerugian terhadap sesuatu perniagaan kerana manusia zaman milenia kini mengharapkan semua perkhidmatan yang diberikan adalah percuma.
Jawapan pantas aku terhadap kehendak manusia itu adalah SELFISH! Kepentingan yang akan menyebakan turn around point lari sedikit demi sedikit, sama seperti kedudukan bulan dari bumi yang semakin lari menjauhi bumi hari demi hari. Kedudukan bulan yang semakin menjauhi bumi akan menyebakan bumi tidak akan berputar di paksinya kerana tidak akan ada saling tarik menarik/graviti dia antara dua entiti ini. Akhirnya, bumi akan hancur atau mungkin kah ada letusan lain yang terjadi di angkasa raya?
Apa yang aku cuba sampaikan di sini ialah kerisauan terhadap kerja seharian kita yang kadang-kadang menghalalkan sesuatu yang sebenarnya sudah termaktub tidak boleh di lakukan dan itu adalah tanda-tanda bahawasanya kita sekarang berada di kedudukan yang tidak selamat untuk tinggal di muka bumi ini lagi.
Posted in Daily Notes, My Thought | 2 Comments »






